
Elemen ekstremis dalam negara mampu ditangani oleh PDRM – Saifuddin
POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mampu menangani beberapa elemen ekstremis yang masih wujud di dalam negara, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Beliau memberi jaminan walaupun terdapat petunjuk bahawa aktiviti itu sedang meningkat, PDRM berkeupayaan untuk mematahkannya. “Apa pun keadaannya, yang paling penting ialah saya memberi jaminan bahawa pasukan polis