Atlet Wilayah

Emas pertama ping pong milik WP

PRESTASI cemerlang yang ditampilkan pasukan ping pong Wilayah Persekutuan (WP) membuahkan hasil apabila berjaya meraih emas pertama sukan tersebut menerusi acara berpasukan campuran. Pasukan WP berjaya menewaskan Pulau Pinang 3-0 apabila berjaya mendahului permainan menerusi perseorangan wanita, Jing Shuen Lim yang menewaskan Amanda Hui dengan keputusan 11-6, 11-6 dan 11-1.