
Qatar pasukan pertama layak ke pusingan 16 terbaik
JUARA bertahan Qatar muncul pasukan pertama mengesahkan tempat ke pusingan 16 terbaik selepas menundukkan Tajikistan 1-0 pada perlawanan kedua Kumpulan A saingan Piala Asia 2023 di Stadium Al Bayt di Bandar Al Khor, kira-kira 35 kilometer dari sini, malam ini. Kejayaan itu membolehkan skuad The Maroons bimbingan Marquez Lopez meraih kemenangan kedua berturut-turut untuk mendahului