
Bincang secara tertib, bukan bawa kepada pihak media – Fahmi
DRAF memorandum persefahaman (MoU) membabitkan peruntukan Ahli Parlimen pembangkang sewajarnya dibincangkan dengan tertib dan bukannya dibawa kepada pihak media, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil. Beliau yang juga Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) berkata sewaktu menjadi pembangkang, pihaknya mengadakan perbincangan secara baik dengan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Ahli Parlimen Bera)