Berita

PBB seru tindakan untuk lindung kanak-kanak daripada bencana iklim

SEKURANG-KURANGNYA 27.7 juta kanak-kanak terjejas tahun ini disebabkan kejadian banjir dan bencana di 27 negara di seluruh dunia akibat perubahan iklim, menurut Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) pada Selasa. Kanak-kanak itu terdedah kepada pelbagai ancaman termasuk kematian akibat lemas, wabak penyakit, kekurangan air minum bersih, kekurangan zat makanan, gangguan dalam pembelajaran dan