
Kemas kini keupayaan ketenteraan negara-negara ASEAN dan Malaysia berbeza
KEMENTERIAN Pertahanan secara asasnya tidak menjadikan negara-negara ASEAN lain sebagai kriteria utama dalam memoden atau mengemaskini keupayaan dan kesiagaan pertahanan negara. Menurut kementerian itu, hal demikian kerana cabaran dan keperluan setiap negara adalah unik dan berbeza-beza. Atas dasar itu katanya, kedudukan dan keupayaan aset adalah berpandukan kepada bentuk dan tahap