
Malaysia sertai Persidangan Air PBB 2023, zahir komitmen negara dalam pengurusan air
MALAYSIA menyertai Persidangan Air Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 2023 di New York, Amerika Syarikat dengan menzahirkan komitmen negara dalam pengurusan air serta mengetengahkan tindakan adaptasi dan daya tahan sektor air khusus dalam menangani isu banjir. Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) berkata delegasi negara diketuai Menteri Sumber Asli, Alam