
Malaysia terbentuk atas semangat federalisme
MALAYSIA terbentuk atas persetujuan semua negeri berlandaskan prinsip federalisme yang menjadi teras utama dalam Perlembagaan Persekutuan, demikian menurut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil. Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata pembangunan dan kemajuan negara adalah berteraskan kekuatan persekutuan bersama-sama kesemua negeri. “Oleh itu Perlembagaan Persekutuan menjadi asas dalam menjamin hak negeri, dan