
Agong, Permaisuri berangkat tiba untuk Istiadat Persandingan Diraja Anakanda Sultan Brunei
YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat tiba di Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam hari ini. Menerusi catatan di laman Facebook Istana Negara, pesawat khas yang membawa Seri Paduka berdua dan delegasi selamat mendarat di Bandar Seri Begawan pada 3.40 petang.