
PERMAI: Bomba turut terima pemberian RM300 petugas barisan hadapan
ANGGOTA Jabatan Bomba dan Penyelamat yang merupakan sebahagian daripada petugas barisan hadapan akan turut menerima bantuan one-off sebanyak RM300 yang diumumkan di bawah Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI). Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berkata bantuan itu membuktikan kerajaan amat prihatin menghargai peranan mereka yang bertungkus-lumus