Berita

SEGiM lindungi pekerja ekonomi gig jangka panjang

KERAJAAN komited untuk mewujudkan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) selepas rang undang-undang berkaitan kebajikan pekerja gig dibentangkan di Parlimen pada Oktober ini. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pelaksanaan suruhanjaya itu perlu disegerakan untuk memberikan perlindungan jangka panjang serta latihan upskilling (peningkatan kemahiran) dan reskilling (latihan semula) kepada kumpulan pekerja berkenaan.