
Berita
Kaji punca keciciran pelajar di peringkat menengah – PIBGN
MAJLIS Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) menyarankan kerajaan untuk mengkaji punca keciciran pelajar di peringkat menengah sebelum mengambil tindakan bersifat denda atau hukuman penjara. Presidennya Prof Madya Dr Mohamad Ali Hassan berkata siasatan terperinci perlu dilakukan bagi mencari penyelesaian kepada masalah keciciran pelajar ini termasuk melalui kerjasama