
Berita
Polis terima 24 laporan penyamaran pegawai NSRC babitkan kerugian hampir RM800,000
POLIS menerima 24 laporan berhubung kes penyamaran sebagai pegawai daripada Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) melibatkan nilai kerugian berjumlah RM729,995.20 bagi tempoh Januari hingga pertengahan bulan ini. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata mangsa menerima panggilan daripada individu memperkenalkan diri sebagai pegawai NSRC