
Berita
Dua RUU perkukuh aspek pengurusan Mahkamah Syariah di Wilayah Persekutuan
RANG Undang-Undang (RUU) Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2024 yang dijangka dibentang untuk bacaan kali kedua esok mampu memperkukuh aspek pengurusan dan pentadbiran Mahkamah Syariah di Wilayah Persekutuan. Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang berkata, ia turut melibatkan RUU Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2024.