Berita

JAKIM catat kutipan lebih RM80 juta fi pensijilan halal dari 2012 sehingga 2023

SEBANYAK RM80,032,254.43 fi pensijilan halal dikutip Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sejak 2012 sehingga 2023 berdasarkan rekod Sistem MYeHALAL. Selain itu, pemohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) turut menunjukkan peningkatan memberangsangkan dari 2012 sehinggalah tahun lalu. Bermula 4,000 pemegang SPHM pada 2012, angka itu kini mencecah 11161 pemegang tahun lalu.