Berita

188 penjawat awam ditahan atas pelbagai kesalahan dadah – JSJN

SERAMAI 188 penjawat awam ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas pelbagai kesalahan berkaitan dadah bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini. Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dalam kenyataan menerusi Facebook memaklumkan daripada jumlah itu, empat daripada mereka ditahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) Langkah-Langkah Pencegahan Khas

Berita

Petugas imigresen Labuan didakwa pecah amanah RM4,750

SEORANG petugas imigresen didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah membabitkan RM4,750. Rafidah Ahmad, 57, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat. Beliau dituduh melakukan kedua-dua kesalahan itu di pejabat Jabatan Imigresen Labuan di Financial

Berita

Penolong Pegawai Seni Bina MBPJ didakwa terima suapan RM377,696

SEORANG penolong pegawai Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menerima suapan berjumlah RM377,696, tiga tahun lalu. Ahmad Hasrul Ahmad Nordin, 43, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa

Berita

Kerajaan perkemas sistem kehadiran penjawat awam – Mohd Khairul Adib

KERAJAAN akan memperkemaskan sistem pemeriksaan kehadiran penjawat awam di pejabat kerajaan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan berterusan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman berkata masih terdapat lompang yang perlu diperbaiki dalam sistem itu dan yakin ia berjaya diatasi

Berita

Atendan klinik mengaku tidak salah lakukan amang seksual terhadap dua anak kandung

SEORANG penjawat awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua anak perempuan kandungnya di Sitiawan tahun lalu. Lelaki berusia 42 tahun itu yang bekerja sebagai atendan di sebuah klinik kerajaan, membuat pengakuan tersebut selepas kedua-dua pertuduhan ke atasnya dibacakan

Berita

Rasuah: SPRM tahan 467 penjawat awam tahun lalu

SEPANJANG tahun lepas, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan  467 penjawat awam atas pelbagai kesalahan rasuah. Menurut statistik tangkapan yang dipaparkan oleh laman web rasmi SPRM hari ini, jumlah itu melibatkan 349 individu daripada kumpulan sokongan; pengurusan dan profesional (109) dan kumpulan pengurusan tertinggi (9). Angka itu menunjukkan penurunan berbanding 525 penjawat awam yang ditahan