
DBKL terus gempur penjaja warga asing
DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terus menggempur warga asing yang menjalankan aktiviti penjajaan dan perniagaan kecil tanpa lesen sah di sekitar ibu kota. Menerusi hantaran di laman Facebook, Jabatan Penguatkuasaan (JPK) DBKL telah menjalankan empat operasi berasingan di beberapa kawasan hot spot dan tindakan telah diambil membabitkan 29 warga asing.