
Berita
NAFAS nafi keluarkan kenyataan media penggantungan tugas Pengurus Besar
PERTUBUHAN Peladang Kebangsaan (NAFAS) menafikan pernah mengeluarkan sebarang kenyataan media berkenaan penggantungan tugas Pengurus Besarnya. Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah NAFAS, Datuk Zamri Yaacob berkata, kenyataan berkenaan didapati mula tersebar sejak Selasa lalu dan bukan kenyataan rasmi yang dikeluarkan NAFAS. “Sehubungan itu, NAFAS menegaskan bahawa maklumat yang disiarkan di dalam kenyataan