Berita

Terminal Feri Antarabangsa Labuan laksana sistem parkir imbas LPR

BAGI melancarkan urusan parkir di Terminal Feri Antarabangsa Labuan (TFAL), teknologi terkini Pengiktirafan Plat Lesen (LPR) tanpa wang tunai bakal dilaksanakan pada 15 Oktober ini. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif LDA Labuan Holding Sdn Bhd, Noor Halim Datuk Zaini, pihaknya bekerjasama dengan Matrix Parking Solution Bhd dalam melaksanakan teknologi terkini LPR tersebut.