
Pekerja restoran didakwa sokong, miliki bahan dan anggotai Daesh
SEORANG pekerja restoran dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan berkaitan kumpulan Daesh, iaitu memberi sokongan, memiliki artikel dan video, di samping mengaku menjadi ahli kumpulan pengganas itu, bulan lepas. Muhammad Muzzammil Mohd Mohlis, 35, mengangguk tanda faham selepas ketiga-tiga pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim