
Minta, terima rasuah RM1 juta: Pengarah syarikat bergelar ‘Datuk’ direman
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang pengarah syarikat disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM1 juta. Menurut sumber, ia sebagai balasan untuk memberikan kerja-kerja sebagai subkontraktor berhubung tender Perkhidmatan Membekal Makanan dan Minuman kepada pekerja berjumlah kira-kira RM900 juta. Perintah reman selama lima hari sehingga 20 Januari dikeluarkan