
MAHB sasar kembangkan ketersambungan, terima 10 lagi syarikat penerbangan tahun ini
MALAYSIA Airports Holdings Bhd (MAHB) menyasar untuk mengembangkan ketersambungan (connectivity) lapangan terbang kendaliannya dengan tambahan pengoperasian 10 lagi syarikat penerbangan tahun ini. Ini selepas 12 syarikat penerbangan memulakan operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tahun lalu antaranya Air Macau, Iraqi Airways, Turkmenistan Airlines, Cambodia Airways, Qingdao Airlines, AirAsia