Berita

Pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya masih dalam kajian

PENGASINGAN kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya masih dalam peringkat kajian dan belum dimuktamadkan bila ia akan dilaksanakan, kata Peguam Negara Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh. Beliau berkata jawatankuasa yang terlibat dalam proses tersebut telah mengadakan lawatan ke beberapa negara untuk menjalankan kajian empirikal mengenai pengasingan peranan jabatan berkenaan.