Garis panduan penanaman pokok dikaji semula

GARIS panduan berkenaan penanaman dan penjagaan pokok akan dikaji semula berdasarkan keadaan khususnya dalam perubahan iklim yang dirasai kini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata satu perbincangan berkaitan pelaksanaan dan penjagaan pokok sekitar Kuala Lumpur akan diadakan dalam masa terdekat bersama jawatankuasa yang telah ditubuhkan