Berita

Lapan individu termasuk enam pegawai pemeriksa ditahan SPRM

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan lapan individu termasuk enam pegawai pemeriksa kenderaan disyaki terlibat dalam sindiket meluluskan pemeriksaan kenderaan berat di sebuah pusat pemeriksaan kenderaan di sekitar ibu negara. Menurut sumber, kesemua suspek lelaki berusia antara 30 dan 50-an itu ditahan antara pukul 12 tengah hari hingga 11 malam