
KUSKOP salur RM9.58 bilion pembiayaan tahun lalu
KEMENTERIAN Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) berjaya melaksanakan 204 program dan menyalurkan pembiayaan sebanyak RM9.58 bilion sepanjang tahun 2024. Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata, kesemua program yang dilaksanakan itu memberi manfaat hampir 800,000 usahawan, Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS), koperasi, perusahaan sosial, penjaja dan peniaga kecil serta usahawan informal.