
Terus kecemerlangan hingga ke menara gading
SETIAUSAHA Politik Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin berharap pelajar sekolah menengah yang berjaya menamatkan pengajian meneruskan kecemerlangan pembelajaran di menara gading. “Diharapkan anak-anak pelajar sekalian menjadi insan yang berguna untuk diri, keluarga, masyarakat dan negara,” ujar beliau merasmikan Majlis Graduasi pelajar Tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tun Razak.