
Kerajaan Perpaduan bincang peruntukan buat pembangkang 17 April
TUNTUTAN peruntukan oleh wakil rakyat pembangkang akan dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan pada 17 April ini. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata hal ini susulan pertemuan beliau dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainuddin di Parlimen pada 19 Mac lepas. “Dalam perjumpaan itu, pihak pembangkang mengatakan mereka