
Apandi Ali buat laporan polis, dakwa buku Tommy Thomas fitnah banyak pihak termasuk dirinya
TAN Sri Mohamed Apandi Ali hari ini membuat laporan polis berkaitan kandungan buku tulisan bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas berjudul My Story: Justice In The Wilderness, yang didakwa memfitnah banyak pihak termasuk dirinya. Beliau membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di sini dengan diiringi peguamnya Datuk Baljit