
Perkhidmatan di PEDi boleh ditambah baik, permudah perdaftaran PADU
MASIH terdapat ruang penambahbaikan yang boleh dilaksanakan di beberapa Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di seluruh negara bagi melancarkan lagi proses pendaftaran dan pengisian maklumat Pangkalan Data Utama (PADU). Pengarah Jabatan Perangkaan Wilayah Persekutuan, Siti Zakiah Muhamad Isa berkata antaranya mewujudkan juru bahasa Cina dan Tamil kerana ada pengguna menghadapi masalah bahasa