
Tingkatkan penglibatan kaum wanita dalam ekonomi digital – Teo
TUMPUAN perlu diberikan untuk meningkatkan penglibatan kaum wanita dalam tenaga kerja, khususnya dalam industri ekonomi digital negara, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching. Beliau berkata walaupun peratusan tenaga kerja wanita di Malaysia berada pada kadar 55.1 peratus pada 2022, tetapi golongan itu hanya membentuk 35 peratus daripada industri ekonomi