
Berita
Lapan penjaga parkir haram dihukum penjara, denda
SERAMAI lapan individu terlibat kegiatan ulat parkir atau penjaga parkir haram sekitar pusat bandar dikenakan hukuman penjara serta denda oleh Mahkamah Majistret Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) semalam. DBKL menerusi Pasukan Tindakan Khas, Jabatan Penguatkuasaan telah melaksanakan Tindakan Khas Penjaga Parkir Tanpa Kebenaran (Ops Jaga) Siri 10/2024 sekitar Jalan Kamunting,