
Berita
Nelayan dikhuatiri lemas ketika menangkap ikan
SEORANG nelayan dikhuatiri lemas ketika menangkap ikan di perairan Kampung Tanjung Aru, di sini, semalam. Menurut Ketua Polis Labuan, Superintendan Mohd Hamizi Halim, mangsa yang dikenali Ramlee Mahroff, 46, dipercayai keluar menangkap ikan menggunakan bot beringin pada 6 pagi semalam dan belum ditemui setakat ini. Katanya, pihaknya menerima laporan pada