Berita

Kenyataan media berkaitan adendum adalah palsu – Dr Zaliha

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa menegaskan tidak pernah mengeluarkan kenyataan media berkaitan adendum penahanan rumah. Malah beliau berkata, kenyataan media tersebut adalah palsu. “Ini adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab,” tegasnya dalam hantaran di Facebook. Beliau memberitahu, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang kepada sesiapa yang

Berita

53 kes berkaitan halal direkodkan, rampasan RM1.81 juta

SEBANYAK 53 kes direkodkan berkaitan isu halal termasuk penggunaan logo palsu dan tidak menggunakan perakuan daripada pihak berkuasa berwibawa dalam tempoh sembilan bulan tahun ini. Menteri Perdagangan dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ia melibatkan jumlah keseluruhan rampasan sebanyak RM1.81 juta. Untuk itu tegasnya, pihak

Berita

Dakwaan guru paling ramai palsukan MC tidak bertanggungjawab

DAKWAAN mengaitkan guru sebagai penjawat awam paling ramai memalsukan sijil cuti sakit (MC) adalah tidak bertanggungjawab. Perkara itu ditegaskan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek susulan laporan sebuah akhbar berkenaan dakwaan tersebut. Menurut beliau, Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil serius laporan media itu yang memberi persepsi negatif terhadap profesion keguruan. “Pada waktu ini

Berita

Mesej Whatsapp berkenaan kenaikan gaji penjawat awam pada 25 Julai adalah palsu – MoF

KEMENTERIAN Kewangan (MoF) menafikan pihaknya mengeluarkan sebarang pesanan di aplikasi Whatsapp yang ditularkan berhubung kenaikan gaji penjawat awam pada 25 Julai, dan mengatakan bahawa ia adalah palsu. Kementerian Kewangan menerusi akaun media sosialnya menasihatkan orang awam agar berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan berita seumpama itu. “Layari portal dan ikuti

Berita

Nama Fadillah Yusof sekali digunakan untuk akaun FB palsu

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini memaklumkan akaun Facebook yang menggunakan gambar profil beliau dengan nama ‘Haji Fadillah Yusuf’ adalah palsu. Menerusi hantaran ringkas di Facebook rasminya, beliau berkata ia merupakan akaun palsu yang direka oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. “Mohon abaikan mesej-mesej yang dihantar,” menurut hantaran yang