Berita

Penyedia platform perlu fahami hak asasi manusia, peringatan tegas Malaysia

KERAJAAN Malaysia perlu tegas dan memberi kata dua kepada penyedia platform media sosial agar menghormati prinsip kerajaan Malaysia di dalam menyuarakan isu Palestin. Pensyarah Kanan Jabatan Sains Politik, Pentadbiran Awam dan Kajian Pembangunan Universiti Malaya (UM), Dr Mohamad Tawfik Yaakub berkata ia susulan platform media sosial sering kali menurunkan hantaran-hantaran

Berita

TPM Zahid mohon maaf atas kekhilafan pidato Himpunan Pembebasan Palestin

TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memohon maaf atas kekhilafannya ketika berpidato pada Himpunan Pembebasan Palestin yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil malam tadi. “Saya hadir (malam tadi) bersama ribuan rakyat Malaysia bagi memberi dukungan dan tanda solidariti kita untuk pembebasan Palestin. “Dalam keghairahan dan rasa penuh

Berita

Himpunan Pembebasan Palestin rentasi bangsa, agama – Ramanan

HIMPUNAN Pembebasan Palestin di Axiata Arena, Bukit Jalil semalam menyaksikan rakyat bersama dan bersatu tanpa mengira bangsa dan agama untuk menuntut keadilan bagi rakyat Palestin, kata Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk R Ramanan. Beliau turut berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah memberikan ruang

Berita

Malaysia kecam segala bentuk kekejaman Israel – Zaliha

MALAYSIA mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya segala bentuk kekejaman serta serangan bertubi-tubi yang dilakukan oleh Israel, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan). Beliau yang menghadiri Himpunan Pembebasan Palestin malam semalam berkata kehadirannya itu sebagai tanda solidariti terhadap rakyat di Gaza. “Berkesempatan mendengar pidato hebat dari pimpinan. “Himpunan ini bertujuan

Berita

PM seru rakyat jangan berhenti bicara, sedekah untuk Palestin

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia untuk tidak berhenti bicara setiap hari dan membantu bersedekah untuk Palestin. Beliau berkata demikian berikutan mahu Malaysia terletak dalam peta sejarah, negara yang konsisten bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan nasib rakyat Palestin. “InsyaAllah dengan mandat rakyat Malaysia, saya sedaya upaya akan membela nasib

Berita

Laungan ‘Bebaskan Palestin’ bergema di Bukit Jalil

PESERTA Himpunan Pembebasan Palestin mula membanjiri Axiata Arena, Bukit Jalil seawal pukul 4 petang bagi menyatakan solidariti mereka ke atas kekejaman Israel. Mengenakan pakaian serba putih, laungan ‘Bebaskan Palestin’ dan ‘Israel Bacul’ turut bergema di sekitar Axiata Arena. Peserta himpunan yang terdiri daripada pelbagai latar belakang politik turut hadir membawa