
Agensi umrah disiasat, MOTAC arah henti ambil tempahan baharu
KEMENTERIAN Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedang menjalankan siasatan terhadap sebuah syarikat pelancongan berlesen yang didakwa gagal menerbangkan jemaah umrah pada Selasa. MOTAC turut menyarankan supaya syarikat berkenaan menunaikan tempahan jemaah yang telah membuat bayaran penuh dan menerbangkan mereka mengikut jadual penerbangan seperti dipersetujui. “Bagi yang memohon pembatalan pakej umrah