Artikel

Operasi khas motosikal

BERMULA 1 November lalu‚ Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melancarkan Operasi Khas Motosikal Tahun 2024 di seluruh negara untuk tempoh dua bulan sehingga 31 Disember. Memetik Ketua Pengarah JPJ‚ Datuk Aedy Fadly Ramli‚ operasi ini diadakan ekoran peningkatan statistik kemalangan bulanan yang membawa kepada kematian di mana sejumlah besarnya melibatkan motosikal.