
Berbasikal trek, badminton mampu jelma emas di Olimpik
KETUA Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024, Datuk Hamidin Mohd Amin berpendapat sukan berbasikal trek atau badminton bakal menjadi penyumbang pingat emas pertama negara di temasya sukan berprestij itu. Beliau berkata ini berdasarkan prestasi semasa, selain pencapaian sukan berkenaan dalam beberapa kejohanan dan temasya Sukan Olimpik edisi sebelum ini.