
Berita
Dua kes kanak-kanak hilang dilaporkan setiap hari
SEJUMLAH 3,847 kes kanak-kanak hilang direkodkan sejak 2020 sehingga September tahun ini dengan puratanya dua kes setiap hari. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, bagi tahun 2020, kes kanak-kanak hilang adalah 792 diikuti 2021 (594 kes), 2022 (902 kes), 2023 (779 kes). Katanya, sepanjang tahun ini sehingga