
KPT alu-alukan cadangan tubuh universiti wanita
KEMENTERIAN Pengajian Tinggi (KPT) merancang untuk menubuhkan sebuah universiti khas untuk wanita, yang secara tidak langsung akan meningkatkan lagi kedudukan Malaysia dalam hab pendidikan tinggi antarabangsa. Menterinya Datuk Seri Noraini Ahmad berkata ketika ini bilangan mahasiswi di institut pendidikan tinggi awam ialah lebih 350,000 iaitu 61 peratus daripada jumlah kemasukan