Berita

Kemboja: Rakyat Amerika dan Nigeria dijatuhi hukuman penjara 25 tahun atas kesalahan dadah

SEORANG lelaki Amerika dan rakannya warga Nigeria disabitkan bersalah oleh sebuah Mahkamah di Kemboja atas kesalahan mengedar dadah dan masing-masing dijatuhi hukuman penjara 25 tahun, lapor Xinhua. Matthew David Sample, 40, dan warga Nigeria David Vincent, 48, ditahan di Phnom Penh pada Februari 2021 kerana didakwa mengedar 1.31 kilogram meth kristal dan nimetazepam.