Berita

Chun Chen menyerlah, tambah tiga koleksi emas

GIMNAS Pulau Pinang Ng Chun Chen terus membuktikan dirinya berada di kelas tersendiri, selepas meraih tiga emas acara akhir apparatus individu lelaki pada Sukan Malaysia (Sukma) hari ini. Chun Chen pada pertandingan berlangsung di Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara (MSN) itu terus menyerlah selepas muncul juara tiga daripada enam acara apparatus,