Berita

ASEAN perlu kekal hubungan erat dengan AS, China – PM Anwar

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan peri pentingnya bagi ASEAN mengekalkan hubungan erat dengan Amerika Syarikat (AS) dan China tatkala persaingan strategik kedua-dua kuasa besar ekonomi itu semakin meningkat. Beliau berkata ASEAN perlu mengekalkan hubungan baik dengan kedua-dua negara itu semasa perkumpulan serantau itu menyatakan komitmen untuk memperkukuh pemusatan.