Berita

SPRM, NAZAHA jalin kerjasama perangi rasuah

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalinkan kerjasama dengan pihak berkuasa antirasuah Arab Saudi, Oversight and Anti-Corruption Authority (NAZAHA) bagi perkongsian kepakaran dan pengalaman dalam usaha memerangi rasuah di peringkat global. Kerjasama itu dicapai melalui Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki bersama Presiden NAZAHA Arab Saudi, Mazin Ibrahim M. Al-Kahmous di Ibu