Atlet Wilayah

Nasha sedia tempa nama di Kejohanan Dunia

HAMPIR 11 tahun mendapat pendedahan dalam sukan bola jaring, kini atlet Nasha Nuraina Muhammad Aznal, 23, bercita-cita untuk menempa kejayaan bersama skuad kebangsaan di Kejohanan Dunia. Berada di posisi pertahanan, setiap kali terpilih untuk tampil di pentas pertandingan, dia sebolehnya mencuba untuk memastikan skuad bola jaring menempa kejayaan yang tersendiri.