
Kerja selenggara libat penutupan lorong dihentikan sementara
SEMUA kerja-kerja penyelenggaraan di lebuh raya melibatkan penutupan lorong akan dihentikan sementara sehingga 17 April ini, sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata arahan itu berkuat kuasa bermula semalam. “Cuma untuk kerja-kerja kecemasan, kita akan benarkan sekiranya ada keperluan. Rancang perjalanan anda sepanjang musim perayaan nanti,”