
Berita
“Kejayaan tidak datang bergolek” – Nad Zainal
REZEKI berharga buat pelakon drama Takdir Yang Tertulis, Nad Zainal yang dinobatkan antara 100 Usahawan Muda Paling Berpengaruh 2020 bagi kategori seni dan kebudayaan anjuran Entrepreneur Insight, baru-baru ini. Bagi Nad Zainal atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 31, anugerah tersebut adalah satu permulaan yang baik bagi tahun 2021.