
4.5 juta pelancong Muslim, jana RM14.7 billion tahun 2023
MALAYSIA merekodkan kemasukan 4.5 juta pelancong Muslim dengan menjana pendapatan RM14.7 bilion tahun lepas, menurut Ketua Pengarah Pusat Pelancongan Islam (ITC) Nizran Noordin. Beliau ketika menjadi tetamu program Apa Khabar Malaysia terbitan Bernama TV bertajuk Malaysia Destinasi Mesra Muslim Terbaik, berkata ini membuktikan pelancongan dan hospitaliti mesra Muslim mempunyai potensi ekonomi