
Berita
Musa Hitam dilantik Menteri Darjah yang baharu
YANG di-Pertuan Agong telah memberi perkenan untuk melantik Tun Musa Hitam sebagai Menteri Darjah (Chancellor) yang baharu bagi Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia. Menurut Pejabat Perdana Menteri, pelantikan bekas Timbalan Perdana Menteri itu adalah untuk tempoh tiga tahun mulai 13 September lalu sehingga 12 September 2027. “Pelantikan ini selari