
Duduk semeja berbincang, hentikan polemik draf MoU
KERAJAAN dan pembangkang perlu berbincang bersama secara serius berhubung draf Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang yang ditolak ketuanya, Datuk Seri Hamzah Zainudin pada Ahad lalu, kata penganalisis politik. Profesor Madya Dr Mohd Azmir Mohd Nizah dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berkata kedua-dua pihak perlu duduk